BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 18 Disember 2009

HAMDANY'S WALIMAH




Selamat Pengatin Baru
semoga kekal abadi
bahgia ke anak cucu
sambung......

bertarikh 13 Disember 2009,tlh berlansungnya walimah kawanku HAMDANY BIN HANADI dgn pilihan hati,Zuraidah...bertempat di teluk gong,Port Klang..

Baraan dr Sabak anggaran dlm 5-6 buah kete...dr Klang pun same gak..tetibe rupanya dr sabak 12 buah kete...fuh...ramai gak yang dtg memeriahkan majlis Dany ni...Alhamdulillah..



Jumaat, 11 Disember 2009

salam mahabbah


salam mahabbah semua...

lame btol xupdate blog ni... cian dia bersawang dah...selalu je bukak,tapi idea nak menaip tu xde..hehe (walhal malas sebenarnya...)ok nilly....kuatkan semangat anda tuk menaip...

arini 11 DEC 09..nothing yg menarik berlaku...just ptg nti nk g 'TOWN'jap...nk cri hadiah...fuh!exsited nk cri...nak thu tuk spe? akan ku hadiahkan buat kawan seperjuangan mase kat sekolah dlu...dia nak jadi suami orang dahhhhh..... tahniah HAMDANI BIN HANADI @dany dan pasangan hidupnya Zuraidah bt Kamaruddin..semoga kalian sentiasa berada di bwh lembayung rahmatNYA, bahagia hingga ke anak cucu...

kwn2 ku sekalian..jom kita memeriahkan majlis dany...meraikan pengantin baru....
alang2 cam renion gak la kan..hope sgt dapat jumpe korang smua nti kt dany nyer wedding...

lastly... dany...selamat pengatin baru...
InsyaALLAH try upload gmbr kawen dia...

ok...

barakallahufiik...

Rabu, 9 September 2009

ya Allah..

" Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi ( perintah ) Mu,
bersatu memikul dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatan ini pada jalanMu yang sebenar.
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma`rifat ( pengetahuan ) tentangMu Ya Allah. ( jika Engkau taqdirkan mati ) maka matikan pemilik hati-0hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini…

Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad s.a.w, nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda amnya."

Jumaat, 28 Ogos 2009

istimewa saat ramadhan

artikel ini diambil dari.....

www.iluvislam.com
ct islam
Editor: afdhal87

semoga diri kita berebut2 untuk kejar bulan rahmat ni..

selamat membaca..

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.

Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Ahad, 17 Mei 2009

Kelebihan Membaca dan Menghafal Al-Quran

pemberi syafaat

tidak mengazabkan hati yang menyimpan al-Quran

Selasa, 7 April 2009

selamat berjuang

sebermula tarikh ari ni..(yg sebenarnya 7hb April 2009) genap 12 hari lagi saya nak berperang dengan kertas2 soalan..aduhai..takut..nervous..semua ada..sempat lagi saya 'post' kt sini..hanya sebentar sementara menanti class..

amik peluang gak untuk meng'wish'kan gud luck kt semua terutama teman2 seperjuangan yang lain..kat Usim.Ukm.Uum.Um.Uia.Umt.Uitm dan tak lupa juga UDM..dan khas untuk teman2 sekuliah dakwah.. semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan memudahkan untuk kita menjawab exam dengan cemerlang..

pesanan untuk semua dan untuk diri saya juga... banyak kan solat hajat kerana ianya adalah nadi kita sebagai pelajar muslim..ianya juga membezakan kita pelajarmuslim dgn non-muslim.. dan ingat D.U.I.T sokmo..

chayo-chayo...
do the best among the best

~barakallahufik~

sahabat

....ku lihat laut....
"ku berdoa moga-moga hubungan ini tidak sepertinya..pasang & surut silih berganti...
Lalu,
ku berdoa agar ia seperti sungai Nil yang tetap mengalir deras hingga ke saat ini..
amin...

(mesej kata-kata)

Rabu, 25 Mac 2009

wanginya.....

“BAU WANGI ADALAH SANGAT BERKESAN PADA JIWA, SEDANGKAN JIWA ADALAH SUMBER TENAGA & KEKUATAN. KEKUATAN BOLEH BERTAMBAH DENGAN SEBAB WANGI-WANGIAN KERAN MEMPENGARUHI OTAK DAN JUGA TUBUH BADAN YANG LAIN.”

SO….KITA KENALAH SENTIASA BERKEADAAN WANGI SUPAYA DIRI KITA SENTIASA GOOD...

TAPI AWAS!!!
WANITA DILARANG MEMAKAI WANGIAN SEHINGGA BOLEH DIHIDU OLEH KAUM ADAM!HUKUMNYA HARAM!

MEMADAILAH HANYA SECALIT SEDIKIT DAN YANG PALING PENTING BERKEADAAN BERSIH DAN SUCI...

Isnin, 16 Mac 2009

Selamat malam!!!!

magadan gabi..selamat malam..nite..malam bu...

mcm2 ungkapan bila nak turu..(tido kata org jawa)ngantuk dah..tapi ada perkara yg sgt baik utk dipractiskan dlm kehidupan kita..so..bacalah ia dan selamt beramal...!!


4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?” Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

Sekian untuk ingatan kita bersama.
*..sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

~barakallahu fiik~

Rabu, 11 Mac 2009

Kerana sehelai bulu mata

Kerana sehelai bulu mata

Topik: Kisah Pengajaran

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang

diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk

berbuat maksiat.

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang

diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk

berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit

dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu

sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru

ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau

maksudkan?

disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian

tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka

sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi

ia

akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar

segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda

kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai

bulu

mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi

dalam

perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku

pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala

perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,

apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu

mata

sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari

ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai

saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata

penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka

dan

segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............

WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN

APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN

BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI

MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.

Khamis, 12 Februari 2009

~maafkan ku~

"andaiku tahu, akan tiba ajal ku,ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku
andaikan ku tahu malaikat akan menjemputku ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku...aku tahu akan semua dosa2ku ampuni aku dari segala dosa2ku"

lagu kegemaran abah..saje je nak masukkan kat sini..hari ni tak de class,sepatutnya ada test fiqh dakwah,tp cancel last minit..takpe la ada hikmah disebaliknya...dan disebalik nya......................
rupa2nya tanpa disedari ada orang terasa hati dengan perlakuan ku ptg semalam selepas habis class... kepada insan yg terasa tu.. nilly mintak maaf sangat2..nilly bukan sengaja..masa tu nilly tengah sakit pale yg teramat sgt..rasa nak marah semua org..nilly tak tahu pulak yg tindakkn nilly tu buat org sakit hati...maafkan nilly...i'm so sory...

bila fkir2 semula ...memg Allah dah jadikan manusia tu x sempurnakan..arini kita gembira sgt..kita tak tahu esok cmne...menangis ke kita...melalak ke..nth la...so..kena beringat2 sokmo...

ya Allah, kuatkan semangat ku ..jaga lah tingkah lakuku..perekokan lah perangaiku..semoga aku menjadi hambamu yg solehah kamil.dan mengikut segala perintahmu serta meninggalkan segala larangan mu..amin..

Khamis, 29 Januari 2009

Jemaah atau Sendirian


"bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....
yg berat sama dipikul, yg ringan dijinjing sama.....

INDIVIDUAL....
JEMAAH............

lamenye dah blog ni bersawang...keciannye laaa kan...setahun la jgk..ni pun buat kat rumah, kalau kat kampus payah ckit..alhamdulillah Allah masih beri kesempatan nak brbicara kat sini..