" Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi ( perintah ) Mu,
bersatu memikul dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatan ini pada jalanMu yang sebenar.
Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma`rifat ( pengetahuan ) tentangMu Ya Allah. ( jika Engkau taqdirkan mati ) maka matikan pemilik hati-0hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini…
Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad s.a.w, nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat baginda amnya."
Rabu, 9 September 2009
ya Allah..
Langgan:
Catatan (Atom)