“BAU WANGI ADALAH SANGAT BERKESAN PADA JIWA, SEDANGKAN JIWA ADALAH SUMBER TENAGA & KEKUATAN. KEKUATAN BOLEH BERTAMBAH DENGAN SEBAB WANGI-WANGIAN KERAN MEMPENGARUHI OTAK DAN JUGA TUBUH BADAN YANG LAIN.”
SO….KITA KENALAH SENTIASA BERKEADAAN WANGI SUPAYA DIRI KITA SENTIASA GOOD...
TAPI AWAS!!!
WANITA DILARANG MEMAKAI WANGIAN SEHINGGA BOLEH DIHIDU OLEH KAUM ADAM!HUKUMNYA HARAM!
MEMADAILAH HANYA SECALIT SEDIKIT DAN YANG PALING PENTING BERKEADAAN BERSIH DAN SUCI...
Rabu, 25 Mac 2009
wanginya.....
Isnin, 16 Mac 2009
Selamat malam!!!!
magadan gabi..selamat malam..nite..malam bu...
mcm2 ungkapan bila nak turu..(tido kata org jawa)ngantuk dah..tapi ada perkara yg sgt baik utk dipractiskan dlm kehidupan kita..so..bacalah ia dan selamt beramal...!!
4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?” Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
Sekian untuk ingatan kita bersama.
*..sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
~barakallahu fiik~
Rabu, 11 Mac 2009
Kerana sehelai bulu mata
Kerana sehelai bulu mata
Topik: Kisah Pengajaran
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk
berbuat maksiat.
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang
diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk
berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu
sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru
ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau
maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian
tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi
ia
akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda
kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai
bulu
mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi
dalam
perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku
pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala
perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji,
apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu
mata
sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari
ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai
saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka
dan
segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN
APABILA
BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI
MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT.